Monday, 2 February 2015

DARURAT BENCANA




KENYATAAN AKHBAR

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 
PENERANGAN MENGENAI DARURAT BENCANA
24 JUN 2013

1. “Darurat Bencana” diisytiharkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam. Pengisytiharan ini akan dipertimbangkan dengan melihat kepada kompleksiti dan magnitud bencana, tahap kemusnahan bencana tersebut, kemampuan sumber sama ada kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan, tahap keperluan kepakaran, bantuan dan tempoh masa yang diperlukan untuk menguruskan bencana tersebut.


2. Pengisytiharan “Darurat Bencana” ini berbeza daripada Pengisytiharan Darurat di bawah Perlembagaan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong kerana ianya melibatkan situasi huru hara dan ketenteraman awam yang memerlukan satu perintah berkurung dikeluarkan. 

3. “Darurat Bencana” dilaksanakan secara arahan pentadbiran dan keputusan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri tertakluk kepada undangundang dan peraturan sedia ada dan termaktub dalam Arahan MKN No. 20.

4. " Darurat Bencana "ini dibuat adalah untuk memastikan pengemblengan sumber seluruh Kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah bagi mengatur dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.



MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Jabatan Perdana Menteri
24 Jun 2013

-sumber: Portal Bencana-

SEJARAH 'PERISTIWA DARURAT' TAHUN 1948 DAN KESAN-KESANNYA





·        Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya (PKM) telah bangun memberontak.
·        Mereka melakukan pelbagai keganasan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan menakutkan orang ramai.
·        Kemuncak keganasan mereka adalah pembunuhan tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput, Perak.
·        Pada 18 Jun 1948, Tanah Melayu telah diisytiharkan darurat di negeri-negeri Perak dan Johor oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent.
·        Perisytiharan dibuat untuk mematahkan gerakan keganasan dan pemogokan yang dilakukan oleh PKM yang berkuasa di Tanah Melayu.

Faktor-faktor Komunis Melancarkan Peemberontakan Bersenjata

A)   Ketetapan Persidangan Calcutta 1948

s  Persidangan yang dianjurkan oleh World Federation of Democratic Youth pada bulan Februari 1948 yang dihadiri oleh wakil-wakil dari seluruh pertubuhan komunis Asia Tenggara.
s Satu ketetapan penting telah diambil dalam persidangan tersebut iaitu supaya seluruh parti komunis melancarkan pemberontakan bersenjata.
s  Berinspirasi dari perjuangan parti komunis China yang mula menunjukkan tanda-tanda akan mencapai kejayaan.
s  Di Tanah Melayu, PKM bergerak secara radikal dengan cara mengunakan kekerasan dan keganasan.

B)   Kemerosotan Ekonomi Dan Keadaan Sosial Yang Tidak Stabil

s  Kebanyakan negara dalam keadaan tidak stabil akibat peperangan termasuk negara kita.
s  Kesemua ini memerlukan masa untuk dipulihkan dan telah menjejaskan ekonomi dan social pada ketika itu.
s  Pihak komunis telaah mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk mengapi-apikan rakyat untuk memberontak.
s  Dalam pada ini juga, pihak komunis bertindak menyebar ideologi mereka sebelum ekonomi dan keadaan social ini mulai pulih.

C)   Reaksi Terhadap Langkah Kerajaan Membanteras Komunis

s  Selepas tamat perang, kerajaan British telah memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang buruh dengan tujuan untuk mengawasi kegiatan kesatuan-kesatuan sekerja.
s  Secara langsung, tindakan ini telah dapat membataskan aktiviti komunis yang sering menggunakan kesatuan sekerja sebagai batu loncatan mereka.
s  Sedikit demi sedikit, anasir komunis dapat disisihkan dari kesatuan sekerja.
s  Semangat komunis mula merosot kerana mereka tidak lagi dapat bergerak di sebalik kesatuan sekerja.
s  Menyedari hakikat ini, komunis merasakan bahawa perjuangan dengan cara begitu tidak lagi mendatangkan kesan. Maka mereka perlu mengubah kaedah dengan cara menggunakan kekerasan pula.

D)   Masalah dalam Parti Komunis Malaya (PKM)

s  PKM menghadapi perpecahan dalaman yang serius apabila pada bulan Mac 1947, setiausaha parti iaitu Lai (Loy) Teck telah melarikan diri ke Thailand bersama-sama wang parti.
s  Penggantinya adalah Chin Peng yang berusia 26 tahun yang lebih radikal.
s  Untuk menutup masalah dalaman ini, PKM perlu mengalihkan perhatian dan tumpuan ahli-ahlinya kepada masalah yang lain pula.
s  Ini juga mendorong mereka untuk melancarkan pemberontakan bersenjata.
s  Dengan cara ini, anggota komunis akan bersatu semula dan berjuang bersama-sama.

E)    Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

s  Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada tahun 1948 benar-benar mencabar pihak komunis.
s  PKM ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik komunis.
s  Ini kerana, PTM adalah sebuah kerajaan persekutuan yang berlandaskan sistem demokrasi, dengan kedaulatan yang tertentu yang dipegang oleh Sultan-sultan Melayu.
s  Sedangkan ideologi komunis tidak mempunyai tempat dalam sesebuah kerajaan yang mendaulatkan raja dan memuliakan agama.


Kesan-kesan Perisytiharan Darurat 1948



POLITIK
i. Undang-undang Darurat 1948
  -Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis.
  -Bertujuan untuk membendung gerakan kebangsaan
   berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga
   gerakan Min Yuen.

ii. Kelongaran Syarat Kerakyatan
   -Diberikan kepada orang bukan Melayu pada tahun 1952.
   -Bertujuan untuk menarik minat mereka supaya tidak memihak
    kepada Komunis.

iii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan 
   -Darurat Menjadi faktor penting British memberikan taraf
    berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu.
   -Tujuan British supaya Parti Komunis Malaya tidak mempunyai
    alasan untuk meneruskan perjuangan mereka.


EKONOMI
i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram 
  -Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat
   menjalankan  kegiatan harian.

ii. Kemusnahan Kemudahan Asas
  -Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong,
   kemudahan awam.

iii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang
   -Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara.
   -Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja.

iv. Pembangunan Luar Bandar Terabai
   -Kerajaan lebih menumpuhkan perhatian kepada usaha
    membanteras komunis & darurat.
   -Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan
    baru.

SOSIAL
i. Kecederaan & Kematian
  -Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis &
   orang awam terkorban.
  -Akhir tahun 1950-an orang awam & tentera terbunuh selain
   cedera.
  -Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban.

ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita
   -Peperangan menentang  komunis berlangsung selama 12 tahun,
   -ia membawa kesengsaraan hidup kepadapenduduk Tanah
    Melayu. 
   -Antaranya:
          *penduduk sukar bergerak; 
          *sukar mendapat bekalan makanan;
          *terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang
            dikenakan kerajaan; dan
          *penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti
            harian.

iii. Masalah Hubungan Kaum
    -Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada
      hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
   -Pada tahun 1949, ditubuhkan Community Liaison Committee
     (CLC) atau Jawatankuasa  Hubungan Antara Kaum bertujuan
     untuk mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu.

PENGENALAN 'DARURAT'

Assalamuaalaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Entri PERTAMA berkaitan tugasan kami iaitu berkenaan Peristiwa Darurat yang menjadi titik hitam dalam mana-mana kerajaan/negara yang mengalaminya. 

Definisi darurat mengikut Kamus Dewan boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yang berlaku secara tiba-tiba atau dengan tidak disangka-sangka) seperti bahaya, kekurangan makanan dan lain-lain. Selain itu, darurat juga membawa maksud keadaan yang serba sulit seperti mencetuskan huru-hara, tidak aman dan sebagainya yang disebabkan oleh ancaman musuh dalam peperangan dan lain-lain.

  • Konsep darurat ini adalah sah dan diiktiraf dalam semua negara dan sistem undang-undang. 
  • Undang-undang darurat adalah undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan ketika berlaku darurat sahaja. 
  • Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat di dalam perlembagaan selain India, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom sekalipun negara-negara tersebut tidak mempunyai perlembagaan bertulis. 
  • Ini kerana negara-negara tersebut mempunyai suatu akta iaitu Akta Parlimen yang memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku sesuatu situasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman dalam negara atau sekiranya kejadian-kejadian yang buruk dijangka atau telah berlaku.
  • Di Malaysia, perisytiharan darurat hanya dibawah kebenaran atau diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), iaitu Ketua Negara Malaysia. Dalam konteks Malaysia, beberapa perisytiharan darurat telah dibuat dalam negara setelah dikenal pasti mengancam keselamatan negara.
  • Perisytiharan pertama berlaku pada tahun 1948 ketika negara sedang berhadapan dengan ancaman komunis dan perisytiharan ini telah ditarik semula pada tahun 1960.
  • Kemudian pada tahun 1964, apabila Negara berhadapan dengan konfrontasi dari Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Sukarno. 
  • Perisytiharan seterusnya berlaku pada tahun 1966 yang hanya melibatkan negeri Sarawak bagi menyelesaikan konflik politik negeri tersebut.
  • Perisytiharan darurat yang terakhir dibuat ialah pada tahun 1977 di negeri Kelantan kerana krisis politik sebagaimana yang timbul di negeri Sarawak.


Wednesday, 28 January 2015

MUKADDIMAH


Assalamuaalaikum wbt & Salam Perpaduan


Alhamdulillah.. akhirnya blog ini berjaya juga kami adakan ekoran daripada tugasan yang telah diberikan kepada kami dalam subjek Pengajian Malaysia (DUB1012) berkenaan 'Kesan-kesan Darurat'.

Bagi rakan-rakan yang mengunjungi blog kami, diucapkan selamat datang & berbanyak terima kasih. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sebarang perkongsian ilmu amat digalakkan dan melalui blog ini juga, kita boleh sama-sama jadikan sebagai suatu ruangan perbincangan dan bertukar-tukar idea, InsyaAllah.