Monday 2 February 2015

DARURAT BENCANA




KENYATAAN AKHBAR

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 
PENERANGAN MENGENAI DARURAT BENCANA
24 JUN 2013

1. “Darurat Bencana” diisytiharkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam. Pengisytiharan ini akan dipertimbangkan dengan melihat kepada kompleksiti dan magnitud bencana, tahap kemusnahan bencana tersebut, kemampuan sumber sama ada kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan, tahap keperluan kepakaran, bantuan dan tempoh masa yang diperlukan untuk menguruskan bencana tersebut.


2. Pengisytiharan “Darurat Bencana” ini berbeza daripada Pengisytiharan Darurat di bawah Perlembagaan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong kerana ianya melibatkan situasi huru hara dan ketenteraman awam yang memerlukan satu perintah berkurung dikeluarkan. 

3. “Darurat Bencana” dilaksanakan secara arahan pentadbiran dan keputusan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri tertakluk kepada undangundang dan peraturan sedia ada dan termaktub dalam Arahan MKN No. 20.

4. " Darurat Bencana "ini dibuat adalah untuk memastikan pengemblengan sumber seluruh Kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah bagi mengatur dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.



MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Jabatan Perdana Menteri
24 Jun 2013

-sumber: Portal Bencana-

No comments:

Post a Comment