Monday 2 February 2015

PENGENALAN 'DARURAT'

Assalamuaalaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Entri PERTAMA berkaitan tugasan kami iaitu berkenaan Peristiwa Darurat yang menjadi titik hitam dalam mana-mana kerajaan/negara yang mengalaminya. 

Definisi darurat mengikut Kamus Dewan boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yang berlaku secara tiba-tiba atau dengan tidak disangka-sangka) seperti bahaya, kekurangan makanan dan lain-lain. Selain itu, darurat juga membawa maksud keadaan yang serba sulit seperti mencetuskan huru-hara, tidak aman dan sebagainya yang disebabkan oleh ancaman musuh dalam peperangan dan lain-lain.

  • Konsep darurat ini adalah sah dan diiktiraf dalam semua negara dan sistem undang-undang. 
  • Undang-undang darurat adalah undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan ketika berlaku darurat sahaja. 
  • Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat di dalam perlembagaan selain India, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom sekalipun negara-negara tersebut tidak mempunyai perlembagaan bertulis. 
  • Ini kerana negara-negara tersebut mempunyai suatu akta iaitu Akta Parlimen yang memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku sesuatu situasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman dalam negara atau sekiranya kejadian-kejadian yang buruk dijangka atau telah berlaku.
  • Di Malaysia, perisytiharan darurat hanya dibawah kebenaran atau diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), iaitu Ketua Negara Malaysia. Dalam konteks Malaysia, beberapa perisytiharan darurat telah dibuat dalam negara setelah dikenal pasti mengancam keselamatan negara.
  • Perisytiharan pertama berlaku pada tahun 1948 ketika negara sedang berhadapan dengan ancaman komunis dan perisytiharan ini telah ditarik semula pada tahun 1960.
  • Kemudian pada tahun 1964, apabila Negara berhadapan dengan konfrontasi dari Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Sukarno. 
  • Perisytiharan seterusnya berlaku pada tahun 1966 yang hanya melibatkan negeri Sarawak bagi menyelesaikan konflik politik negeri tersebut.
  • Perisytiharan darurat yang terakhir dibuat ialah pada tahun 1977 di negeri Kelantan kerana krisis politik sebagaimana yang timbul di negeri Sarawak.


No comments:

Post a Comment