· Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya (PKM) telah bangun memberontak.
· Mereka melakukan pelbagai keganasan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan menakutkan orang ramai.
· Kemuncak keganasan mereka adalah pembunuhan tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput, Perak.
· Pada 18 Jun 1948, Tanah Melayu telah diisytiharkan darurat di negeri-negeri Perak dan Johor oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent.
· Perisytiharan dibuat untuk mematahkan gerakan keganasan dan pemogokan yang dilakukan oleh PKM yang berkuasa di Tanah Melayu.
Faktor-faktor Komunis Melancarkan Peemberontakan Bersenjata
A) Ketetapan Persidangan Calcutta 1948
s Persidangan yang dianjurkan oleh World Federation of Democratic Youth pada bulan Februari 1948 yang dihadiri oleh wakil-wakil dari seluruh pertubuhan komunis Asia Tenggara.
s Satu ketetapan penting telah diambil dalam persidangan tersebut iaitu supaya seluruh parti komunis melancarkan pemberontakan bersenjata.
s Berinspirasi dari perjuangan parti komunis China yang mula menunjukkan tanda-tanda akan mencapai kejayaan.
s Di Tanah Melayu, PKM bergerak secara radikal dengan cara mengunakan kekerasan dan keganasan.
B) Kemerosotan Ekonomi Dan Keadaan Sosial Yang Tidak Stabil
s Kebanyakan negara dalam keadaan tidak stabil akibat peperangan termasuk negara kita.
s Kesemua ini memerlukan masa untuk dipulihkan dan telah menjejaskan ekonomi dan social pada ketika itu.
s Pihak komunis telaah mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk mengapi-apikan rakyat untuk memberontak.
s Dalam pada ini juga, pihak komunis bertindak menyebar ideologi mereka sebelum ekonomi dan keadaan social ini mulai pulih.
C) Reaksi Terhadap Langkah Kerajaan Membanteras Komunis
s Selepas tamat perang, kerajaan British telah memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang buruh dengan tujuan untuk mengawasi kegiatan kesatuan-kesatuan sekerja.
s Secara langsung, tindakan ini telah dapat membataskan aktiviti komunis yang sering menggunakan kesatuan sekerja sebagai batu loncatan mereka.
s Sedikit demi sedikit, anasir komunis dapat disisihkan dari kesatuan sekerja.
s Semangat komunis mula merosot kerana mereka tidak lagi dapat bergerak di sebalik kesatuan sekerja.
s Menyedari hakikat ini, komunis merasakan bahawa perjuangan dengan cara begitu tidak lagi mendatangkan kesan. Maka mereka perlu mengubah kaedah dengan cara menggunakan kekerasan pula.
D) Masalah dalam Parti Komunis Malaya (PKM)
s PKM menghadapi perpecahan dalaman yang serius apabila pada bulan Mac 1947, setiausaha parti iaitu Lai (Loy) Teck telah melarikan diri ke Thailand bersama-sama wang parti.
s Penggantinya adalah Chin Peng yang berusia 26 tahun yang lebih radikal.
s Untuk menutup masalah dalaman ini, PKM perlu mengalihkan perhatian dan tumpuan ahli-ahlinya kepada masalah yang lain pula.
s Ini juga mendorong mereka untuk melancarkan pemberontakan bersenjata.
s Dengan cara ini, anggota komunis akan bersatu semula dan berjuang bersama-sama.
E) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
s Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada tahun 1948 benar-benar mencabar pihak komunis.
s PKM ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik komunis.
s Ini kerana, PTM adalah sebuah kerajaan persekutuan yang berlandaskan sistem demokrasi, dengan kedaulatan yang tertentu yang dipegang oleh Sultan-sultan Melayu.
s Sedangkan ideologi komunis tidak mempunyai tempat dalam sesebuah kerajaan yang mendaulatkan raja dan memuliakan agama.
Kesan-kesan Perisytiharan Darurat 1948
POLITIK
|
i. Undang-undang Darurat 1948
-Diperkenalkan kerana
kekejaman & keganasan komunis.
-Bertujuan untuk
membendung gerakan kebangsaan
berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga gerakan Min Yuen.
ii. Kelongaran Syarat
Kerakyatan
-Diberikan
kepada orang bukan Melayu pada tahun 1952.
-Bertujuan untuk
menarik minat mereka supaya tidak memihak
kepada Komunis.
iii. British Menyegerakan
Pemberian Kemerdekaan
-Darurat Menjadi faktor penting British memberikan taraf
berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu.
-Tujuan British
supaya Parti Komunis Malaya tidak mempunyai
alasan untuk meneruskan perjuangan mereka. |
EKONOMI
|
i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram
-Keganasan
komunis menyebabkan rakyat tidak dapat
menjalankan kegiatan harian.
ii. Kemusnahan Kemudahan Asas
-Berlaku kemusnahan
sistem perhubungan, jentera melombong,
kemudahan awam.
iii. Gangguan Terhadap
Buruh Ladang
-Keadaan ini
menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara.
-Ramai pekerja
ladang berasa tidak selamat untuk bekerja.
iv. Pembangunan Luar
Bandar Terabai
-Kerajaan lebih
menumpuhkan perhatian kepada usaha
membanteras komunis & darurat.
-Lebih ditumpukan
kepada pembangunan di perkampungan
baru. |
SOSIAL
|
i. Kecederaan & Kematian
-Ramai anggota pasukan
keselamatan, pengganas komunis &
orang awam terkorban.
-Akhir tahun 1950-an
orang awam & tentera terbunuh selain
cedera.
-Seramai 6133 orang pengganas komunis
terkorban.
ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita
-Peperangan menentang komunis
berlangsung selama 12 tahun,
-ia membawa kesengsaraan hidup kepadapenduduk
Tanah
Melayu.
-Antaranya:
*penduduk sukar bergerak;
*sukar mendapat bekalan makanan;
*terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang
dikenakan kerajaan; dan
*penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti
harian.
iii. Masalah Hubungan Kaum
-Tempoh darurat
yang panjang memberi kesan kepada
hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
-Pada tahun 1949,
ditubuhkan Community Liaison Committee
(CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu. |
No comments:
Post a Comment